Wednesday 16 May 2012

kembalikan tangan ida...

kembalikan tangan Ida

Babak I
Ada 3 Orang Adik-Beradik Tinggal Bersama-Sama Di Bandar Metropolitan Ini. Mereka Meninggalkan Adiknya Di Rumah Bersama-Sama Dengan Pengasuh Mereka. Seorang Perempuan. Adik Mereka Berusia 6 Tahun Kerap Ditinggalkan Sendirian Oleh Pembantunya. Jadi, Dia Mengambil Kesempatan Itu Untuk Bermain Di Luar. Namun Begitu Pintu Pagar Masih Lagi Terkunci. Bermain-Mainlah Dia Dengan Buaian Yang Di Beli Kakak-Kakaknya, Ataupun Memetik Bunga-Bunga Di Halaman Rumahnya.
Suatu Hari, Dia Terjumpa Paku Karat.

Adik: Eh, Apa Ni? Pakulah. Hm Nak Buat Apanya Dengan Paku Ni? Hah!!! Boleh Main Lukis-Lukis. .

Dia Pun Melakar Di Atas Simen Tempat Letak Kereta Kak Longnya Tetapi Kerana Simen Itu Diperbuat Daripada Marmar, Maka Hasil Lukisannya Tidak Kelihatan.

Adik: La Kenapa Tak Nampak Ni?

Dicubanya Pula Pada Kereta Baru Alongnya.

Adik: Cuba Kat Kereta Along Lah Pula..........

Ya.. Kerana Kereta Itu Berwarna Gelap Maka Lakarannya Jelas Kelihatan. Apalagi Kanak-Kanak Ini Pun Melakarlah Melahirkan Kreativitinya.

Adik: Ha Nampak Pun......... Boleh La Lukis Gambar!!!!! (Katanya Dengan Girang)

Hari Itu Mereka Menaiki Kenderaan Awam Ke Tempat Kerja Kerana Laluannya Sesak Sempena Perayaan Thaipusam. Lepas Penuh Sebelah Kanan Dilakarnya Dia Beralih Kesebelah Kiri Kereta Pula. Dilakarnya Gambar Along, Angah, Sendirinya, Lukisan Kucing Dan Beberapa Lukisan Yang Terlintas Di Dalam Kotak Fikirannya. Kejadian Itu Langsung Tidak Disedari Pembantu Rumahnya.

Pembantu Rumah: Ida!!!!!!!!!!! Jangan Buat Yang Bukan-Bukan. Nanti Kak Long Marah.

Pulang Petang Itu, Terkejutlah Mereka Kerana Melihat Kereta Yang Baru Setahun Dibeli Dengan Bayaran Ansuran Itu Telah Bercalar-Balar......

Along: Siapa Punya Kerja Ini? Suri!!!!!! Oh Suri!!!!!!!!!!!!!

Pembantu Rumah: Ya Ada Apa Cik?

Angah: Siapa Punya Kerja Ni??

Pembantu Rumah: Hmmmm....... Tak Tahu Cik..........

Along: Kau Buat Apa Kat Rumah Seharian. Takkan Tak Tahu Apa-Apa... Siapa Buat Ni???

Adik: Ida Yang Buat Along !!!! Cantik Tak ? Ini Gambar Along, Ni Angah, Ni Ida Dan Ini Momo. Yang Belakang Tu Kak Suri..

Along: Kau Tahu Tak Apa Yang Kau Dah Buat?

Angah: Kau Ingat Kereta Ni Kertas Ke? Ingat Murah Ke?

Along: Aku Penat-Penat Balik Ingat Nak Berehat Kau Pula Bagi Bala. (Ambil Ranting Kayu Bunga Raya Terus Memukul Adiknya)

Adik: Along!!!! Angah !!!!!!... (Si Adik Menjerit Kesakitan . Puas Kakaknya Memukul Tangan Kanan Adik Itu Dia Beralih Pula Ke Tangan Kirinya, Kemudian Belakang Tapak Tangan Keduanya...)

Angah : Memang Patut Pun Along Pukul Ida. Ida Tu Nakal Sangat. Angah Dah Kata Jangan Main Yang Bukan-Bukan Ida Tak Nak Dengar. Along Pukul Je Biar Dia Ingat. Nanti Tak Adalah Budak Ini Buat Lagi.

Pembantu Rumah: Cik, Kesian Kat Ida. Dia Budak-Budak Lagi Tak Tahu Apa-Apa. Lagipun Memang Salah Saya Biarkan Dia Bermain Sendirian Di Luar. Tolong Cik Kesian Lah Ida, Sakit Tu........

Ida: Along!! Along!! Angah!! Sakit! Sakit! Tolong La Angah!!!!!

Angah: (Selepas Puas Memukul Disuruhnya Pembantu Rumahnya Membawa Adiknya Itu Masuk Ke Dalam Rumah) Suri, Apalagi Bawa Budak Ni Masuk. Lepas Tu Mandikan Dia.

Pembantu Rumah: Baiklah Cik.

Along : Angah , Mari Kita Masuk. Lagipun Hari Dah Malam Ni. Along Nak Sediakan Makanan Sementara Suri Mandikan Ida. Lepas Itu Kita Makan Sama-Sama. Nanti Baiklah Budak Tu.

Angah: Hmmmm Baiklah.


Babak Ii
Sambil Memandikan Si Kecil, Dilihat Tangan Si Kecil Itu Berrcalar-Balar . Timbul Rasa Keperimanusian Serta Kasihan Tetapi Apakan Daya Dia Hanya Menjalankan Tugasnya. Ketika Dia Menyiram Air Ke Badan Kanak-Kanak Itu Lalu Air Terus Mengalir Ke Tangannya Apalagi Menjeritlah Si Kecil Menahan Kepedihan.

Adik: Huhuhuhuh......... Kak Suri Kenapa Along Pukul Tangan Ida? Ida Tak Salah.. Ida Lukis Gambar Along, Gambar Mama... Die Orang Tak Suka Ke Lukisan Ida? Ke Along Tak Sayang Ida Lagi?

Bertubi-Tubi Soalan Yang Di Tanya Oleh Si Kecil Tetapi Satu Pun Tidak Mampu Di Jawab Oleh Pembantu Rumahnya. Setelah Penat Menangis, Si Kecil Pun Tertidur. Si Kakak Sengaja Membiarkan Si Adik Tidur Di Bilik Pembantu Rumahnya. Tujuannya Untuk Mengajar Adiknya.

Along: Buat Sementara Waktu, Adik Saya Tidur Di Bilik Awak. Saya Nak Ajar Dia Sikit. Kalau Ada Apa-Apa Beri Tahu Saya.

Pembantu Rumah: Baik Cik.

Tiga Hari Berlalu, Mereka Ini Tidak Pun Menjenguk Adiknya. Mereka Hanya Mendengar Khabar Si Adik Melalui Pembantu Rumah. Masuk Hari Keempat, Pembantu Rumah Mengadu Si Adik Demam Panas.

Angah: Petang Nanti Kita Bawa Dia Ke Klinik.

Along : Siapkan Ida Sebelum Kami Sampai. Nanti Boleh Terus Pergi.


Babak Iii
Sampai Waktunya Si Adik Yang Longlai Di Bawa Ke Klinik. Ketika Di Klinik , Doktor Mengarahkan Supaya Si Adik Dirujuk Ke Hospital Kerana Keadaannya Yang Serius. Kanak-Kanak Itu Kemudiannya Ditahan Di Wad Pedriatic. Doktor Memanggil Penjaga Anak Ini Untuk Berbincang Mengenai Penyakit Adik Mereka.

Doktor: Sila Masuk Cik...

Along : Terima Kasih.

Doktor: Sebenarnya Cik, Adik Cik Menghidap Gangren Yang Terlalu Teruk. Jadi Tangan Adik Encik
Terpaksa Kami Potong Untuk Menyelamatkan Nyawanya........ Ia Sudah Bernanah.

Along: Tak Ada Pilihan Lain Ke Doktor?

Doktor: Nampaknya Tiada Pilihan Lain. Ini Sahaja Yang Mampu Kami Lakukan Yang Lain Kita Berserah
Kepada Tuhan Sahaja. Maafkan Saya Cik. Cik Fikirlah Masak-Masak. Nyawa Adik Cik Lebih Penting......

Along: (Sambil Tergetar-Getar Menandatangani Surat Pembedahan) Baiklah Doktor. Saya Sudah Fikir Masak-Masak...

Kemudian Di Khabarkan Pula Kepada Si Angah.

Along: Angah , Along Nak Bagi Tahu Sesuatu.

Angah: Hm, Apa Dia?

Along: Ida Ngah..

Angah: Kenapa Dengan Ida? Apa Kata Doktor?

Along: (Dengan Rasa Berat Hatinya Dia Perlu Memberitahu Isterinya) Adik Kita Kena Bedah.... Sebab Lukanya Makin Teruk Dan Bernanah. Jadi Tangannya Terpaksa Doktor Potong. Along Dah Tanda Tangan Pun Surat Pembedahan.

Bagaikan Terkena Halilintar........ Si Kakak Terus Meraung Sambil Mengenangkan Nasib Adiknya. Dibayangkan Masa Depan Adiknya Itu Pasti Gelap Tanpa Kedua Belah Tangannya....... Sikakak Terus Merangkul Si Anak Yang Longlai Di Katilnya.


Babak Iv
Keluar Dari Bilik Pembedahan, Si Anak Masih Tidak Sedarkan Diri, Mereka Memandangnya Dengan Penuh Hiba....... Timbul Rasa Kekesalan Di Hati Mereka Kerana Bertindak Mengikut Nafsu. Keesokkan Harinya, Setelah Sedar, Anak Kecil Itu Terpinga-Pinga Melihat Tangannya Berbalut Putih. Di Renung Wajah Ayah Dan Ibunya. Kemudian Pembantu Rumahnya. Dengan Rasa Hairan Apabila Melihat Mereka Menangis, Dia Mengajukan Soalan Sambil Menahan Kesakitan. Dalam Seksaan Menahan Kesakitan, Si Anak Bersuara Dalam Tangisan.

Adik: Along................Angah................ Kenapa Nangis??? Kenapa Tangan Ida Kena Balut? Sakit
Sangat................ Panggillah Doktor Ida Nak Balik Nak Main Dengan Momo... Ida Nak Balik Nak Bersihkan Kereta Along..........

Seperti Terkena Panahan Kilat Apabila Mendengar Si Anak Bertanyakan Soalan Sebegitu.......... Si Kakak Tidak Dapat Menahan Kesedihan Lalu Di Peluknya Adik Yang Tidak Mengerti Apa-Apa...........

Adik: Along, Angah Ida Lapar. Ida Nak Makan.............

Mereka Kebuntuan..............

Adik: Along.................. Angah............ Kenapa Ida Tanya Tak Nak Jawab? Along Marahnya Sebab Ida Conteng Kereta Along. Ida Minta Maaf La. Nanti Bila Kita Balik, Ida Bersihkan Balik Kereta Along....... Akak Sayang Ida Lagikan?

Along: (Masih Membisu)

Adik: Angah Janganlah Marah Ida Lagi. Ida Janji Tak Buat Lagi. ....................... Ida Sayang Along.......... Ida Sayang Angah...............

Si Along Yang Gagal Menahan Rasa Sebaknya Lalu Si Anak Diberitahu Tentang Keadaannya..... Apalagi Meraunglah Adinya....................

Adik: Hahhhh!!!!! Bagilah Tangan Ida Balik..... Buat Apa Ambil....... Ida Janji Tak Buat Lagi! Ida Nak Makan Macam Mana? Nak Main Macam Mana? Ida Janji Tak Conteng Kereta Along Lagi...

Bagaikan Gugur Jantung Si Kakak Mendengar Kata-Kata Adiknya.. Meraunglah Si Adik Sekuat Hati Namun Takdir Sudah Terjadi Tiada Siapa Mampu Menanggungnya.......

Moralnya:

Berfikir Sebelum Bertindak Kerana Silap Membuat Keputusan Merana Diri Sendiri. Dan Takdir Tidak Mungkin Dapat Diubah..............

Thursday 10 May 2012

Sempena Cuti Hari Pekerja..Kami Ke Pulau Pangkor,Perak.

sempena cuti hari pekerja yang lepas....penduduk perumahan saya telah membuat 1 program..iaitu Hari Keluarga Penduduk..atas nama Persatuan Penduduk Kondo Rakyat Desa Pantai (PPKRDP).Destinasi kami ialah di De Idaman Chalet,Pulau Pangkor,Perak.Peserta yang mengikuti program ini lebih kurang seramai 80-120 orang...kenderaan yang terlibat ialah 2 biji bas dan 2-5 biji kereta yang di bawa oleh keluarga sendiri....

pelbagai acara yang dianjurkan..antaranya ialah sukaneka (peserta digalakkan memakai baju warna merah),pertandingan memancing(aktiviti tengah malam di tepi pantai),karaoke,teka kacang dalam botol dan banyak lagi...




Thursday 19 April 2012

pening nak buat blog..

sekarang aku berada di makmal komputer IKMKL....pelajaran hari ini kena buat blog sendiri....
aku ingatkan senang...tapi agak rumit juga..tapi dengan kesabaran dan keyakinan ynag tinggi..boleh juga..